SPAD's PMHS

Performance Monitoring Hub System ("PMhS")
  • 14 Jun 2013 - SPAD - Pekeliling SPAD Bil 5 Tahun 2013 - Syarat Tambahan Lesen Pengendali Bagi Kelas Lesen Bas Berhenti-henti di Lembah Klang dan Selangor
    • 7. ... Semua bas berhenti-henti yang beroperasi di Lembah Klang dan Selangor hendaklah dipasang dengan alat on-board unit (OBU) berlandaskan Global System for Mobile Communications (GSM) yang dapat menghantar maklumat lokasi melalui Global Positioning System (GPS) dan prestasi bas berhenti-henti ke Performance Monitoring Hub System (PMhS) S.P.A.D
    • 9. ... dikehendaki agar memasang OBU yang tersebut di atas SEBELUM 31 Disember 2013
  • 8 Dec 2012 - Harian Metro - PMHS tingkat kualiti pengangkutan awam ...
    • KUALA LUMPUR: Pengguna bas awam dan henti-henti di Lembah Klang dijamin menerima perkhidmatan pengangkutan darat yang berkualiti dan lebih tersusun rapi selepas ini, apabila Sistem Hab Pemantauan Pencapaian (PMHS) dilaksana tahun depan.
    • Sistem itu yang membenarkan alat menyerupai mesin sistem kedudukan global (GPS) dikenali ‘On Board Unit (OBU)’ di pasang pada bas membolehkan pemantauan menyeluruh dibuat termasuk memastikan bas mengikut laluan betul, tidak lewat dan akur pada had laju.
    • Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata ketika ini pelaksanaan sistem itu masih di peringkat kajian dengan 300 unit OBU dipasang pada bas sebagai projek perintis menilai tahap keberkesanannya.
    • “Ini semua antara langkah kami meningkatkan kualiti pengangkutan awam supaya akhirnya manfaat dapat dikongsi bersama. Ia masih di peringkat kajian menilai sejauh mana keupayaan dan keberkesanannya terutama apabila dipantau menerusi pusat kawalan pusat.
    • “Kami umumkan secara keseluruhannya nanti, namun jangkaannya tahun depan semua 1,200 bas awam di bandar (Lembah Klang) dipantau menerusi PMHS.
    • “Tujuannya bukan untuk kita menghukum mana-mana pihak atau mencari kesalahan, sebaliknya membudayakan amalan pengurusan yang terbaik, meningkatkan kesedaran sekali gus imej pengangkutan awam kita dipandang elok,” katanya pada sidang media, di sini semalam. Beliau ditemui selepas menyempurnakan pelancaran program keselamatan SPAD iCOP yang menekankan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) dan sesi dialog dengan 60 pengusaha industri bas henti-henti, bas persiaran, bas sekolah serta bas pekerja.
    • Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, sebaik projek perintis berjaya, kira-kira 700 unit OBU lagi akan dipasang pada bas milik sembilan syarikat antaranya Cityliner, Seranas Group, Causeway Link, Syarikat Bas Len Seng, Setara Jaya dan Selangor Omnibus Sdn Bhd.
Comments